Thursday, 8 March 2012

ye,,ye !! dapat belajar keta :)



hai !! Hari nie Ayu nak cite ,akhir yer dapat gak Ayu memulakan proses pembelajaran Lesen D, hampir 1 bulan L dah kua  baru hari nie 8/3/2012 belajar perkara asas nak bawa keta ^^ ,, perasaan gembira kot dapat belajar keta, umur nak hampir 22 tahun baru belajar keta nie apa la ^^ , rezeki baru ada kan !! Selain rasa sangat gembira ada rasa takut gak almaklumlah sebelum nie 0 tentang nak drive keta nie, tetapi disebabkan cikgu yang mengajar OK sangat perasaan takut pun hilang dengan sendiri yer tanpa disuruh hehehe , perkara yang Ayu belajar pada hari pertama :

1)Memastikan cermin sisi, belakang diperiksa
2)Tali Pinggan jangan lupa untuk memulakan pemanduan
3)Cara memasukkan gear 1,2,3,4 & 5
4)Serta cara melepaskan klac dan memberhentikan kereta 

hah , nie je lar Ayu belajar untuk hari pertama , bagi Ayu masih kekok lagi nak gerak tangan la, gerak kaki la hish,,hish macam2 plak kena gerak nie , tapi xpe Ayu akan belajar dengan rajin yer dan tekun yer agar Ayu xgagal bila test dengan JPJ nanti , Insyaallah 





Wednesday, 7 March 2012

Wanita

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA

Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia
Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA

Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK

Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI

Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta
Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU

Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan
Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU

Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian
Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA

Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua
Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK

Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA

Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua
Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA

Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat
Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS

Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis
Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana

W.A.N.I.TA








Friday, 2 March 2012

Senyum


Saat menjelang tidur..
Berharap esok masih berkawan pagi 
Melewati mimpi-mimpi dan lalu terjaga lagi 
Selalu begitu..
Seiring waktu dan gerak nafsu 
Enggan tinggalkan pagi dan selalu ingin tetap berkawan pagi..
Bukankah tetap akan mati? 
Jasadmu akan membusuk nanti..
Terkubur bumi dan tiada lagi berkawan pagi..
Pagi itu akan berlalu..
Mengiringi tandu dan tebaran butir- butir debu 
Dari kaki-kaki para pelayat
Maka hidupkanlah.. 
Satu senyum menjelang tidurmu
‘Tuk sambut mimpi-mimpi duniawi..
Tentang pagi dan secuil roti untuk sarapan pagi..
Kerana mungkin..
esok hari tiada lagi engkau berkawan pagi..
Mati.. 
Dan jadikan senyum itu..
Sebagai warisan yang abadi..