Monday, 26 March 2012

Ketika mengambil air sembahyang





1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
 


Sunday, 25 March 2012

Satu Kecuaian


Ding,,Ding alarm berbunyi jam 0600 21/3/2012 hari Rabu yang lepas, kedengaran bunyi guruh dilangit dengan hujan yang lebat telah melambatkan proses untuk bangunkan diri dari tempat tidur, tetapi disebabkan hari itu hari untuk mengambil ujian JPJ, Ms Ayuyu tetap bersemangat melawan segala hasutan untuk teruskan tidur.Sambil menunggu van pusat memandu menjemput di Esso berhampiran Jusco Bukit Tinggi Ms Ayuyu sempat menjamah roti dan minum air susu untuk mengisi perut yang kosong. Perasaan takut, gementar telah berada dalam diri Ms Ayuyu dari semalaman lagi , Lulus ke nanti ??? Setibanya Ms Ayuyu di pusat memandu kelihatan ramai pelajar untuk mengambil ujian JPJ, kebanyakkan pelajar adalah lepasan SPM dan Ms Ayuyu keseorangan je lar tanpa berteman huhu, selesai mendaftarkan diri,angka giliran yang diberi kepada Ms Ayuyu ialah 26 tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat OK lahhh.. Saat yang dinantikan telah tiba, giliran Ms Ayuyu melalui ujian di dalam litar, permulaan yang amat memuaskan hati setelah berjaya ujian di atas bukit dan masuk parking, hanya tinggal 1 ujian 3 penjuru, dengan bangganya Ms Ayuyu masuk simpang dan masuk lagi simpang STOP , dan pusing kebelakang dan STOP .. hah dalam hati , sikit lagi pasti berjaya ... tiba-tiba ENCIK JPJ suruh Ms Ayuyu keluar dari kereta bererti Ms Ayuyu telah gagal arghhhhhhhh!! .. Ms Ayuyu telah membuat lebih dari 3 gerakkan, sewaktu ingin kehadapan Ms Ayuyu telah terlupa untuk menukar gear 1 oleh itu kereta telah mengundur sedikit, kini terjawablah persoalan yang bermain sejak malam tadi, Adakah akan Lulus? Pada ujian bahagian Litar Ms Ayuyu telah gagal,memang begitu kecewa tetapi apa boleh buat akibat kecuaian sendiri inilah akibat ye , ALHAMDULILLAH pada ujian yang seterusnya di jalan raya Ms Ayuyu telah berjaya memperolehi 17/20 ini bermakna Ms Ayuyu telah LULUS melalui ujian tersebut, hati memang gembira la sangat2 walaupun tidak lulus sepenuhnya :) INSYAALLAH 4/4/2012 ujian ulangan untuk bahagian litar, Ms Ayuyu akan melakukan dengan lebih baik dan lebih peka agar tidak perlu membuat ulangan lagi hehehehe,, AMIN ^^ 








Friday, 9 March 2012

11 orang yang mendapat Doa Malaikat :


  1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
  2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
  3. Orang berada di saf solat berjemaah
  4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)
  5. Kalangan Malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah
  6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat
  7. Orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah
  8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
  9. Orang yang membelanjakan harta (infak)
  10. Orang yang sedang makan sahur
  11.  Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit