Wednesday, 11 July 2012

Jangan berputus asa




Jangan berputus asa jika Allah SWT menunda apa-apa yang kamu sukai.Janga bersedih hati.Tapi bersabar dan tersenyumlah.Kerana DIA berfirman dengan penuh kasih sayang


إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

''Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan''
(Al-Insyirah : 6)



Tahniah Ayu :)


Majlis Gradusi Kali Ke-4 Ranaco Education And Training Institute
Date : Saturday (28-04-2012)


Norhidayu Binti Sulaiman
(DM 20090202016)

Omak sy yang tersayang

Kengkawan yang sama2 bejaya memperolehi Diploma memang tersangat la gembira setelah 2 tahun 6bulan kami belajar di sini.

Mereka yang hadir untuk majlis konvo sy , Thanksss 

Pol Amer meme semak laaa , kilat tuh kasut ia heee

Kak Azi, merupakan kawan serumah dan sebilik dengan sy

Kak Ema , merupakan kawan sekelas dan serumah 

A'a rakan sekelas sy

Ain nak amik gmbo gak , so bawak msuk kali :)

Note : Konvo lame dah baru nak masuk Blog ,, hahaha : D 
Allhamdulillah sy telah berjaya memperolehi Diploma , dan sy akan memasuki alam pekerjaan sudah tentu sy akan bekerja dengan bersungguh2 walaupun susah macam mana pun, Semoga Allah mempermudahkan urusan sy serta memurahkan rezeki untuk sy . Amin 

Tahniah ! Ayu :)

Tuesday, 10 July 2012

DUKA DAN CERIA



''Bila diundang DUKA ingat pesan ALLAH,
''La Tahzan'' (Jangan bersedih DIA ada)
Bila kembali CERIA ingat kata-kata ini,
''La Taghtar'' (Jangan terbuai DIA mungkin masih menduga)


Wednesday, 18 April 2012

Antara 10 gangguan ketika melakukan solat




Antara 10 gangguan ketika melakukan solat adalah:

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram

Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.

Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat

Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).

3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan

Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan

Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.

Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.

Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).

5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat

Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.

Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.

Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.

“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).

8 ) Menguap dan mengantuk

Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.” (Hadis Riwayat Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9) Bersin berulang kali ketika solat

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).

Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”

10) Terasa ingin buang angin atau buang air

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (Hadis Riwayat Muslim).

Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.

Thursday, 12 April 2012

4 waktu terbaik minum air masak




Dah jadi lumrah manusia bila haus mesti air yang dicarinya. Tak kiralah air tu sejuk ke suam ke manis ke semuanya boleh. Janji ianya bersih dan dapat membasahi tekak masing2, Tetapi, sebaik-baiknya biarlah AIR MASAK yang menjadi pilihan utama.

Kenapa air masak???

Air masak ni akan memelihara kesihatan tubuh melancarkan sistem metabolisme tubuh serta membantu mengurangkan berat badan kita.

Sebabnya, bila air dalam badan kita mencukupi, ia sekaligus dapat membakar kalori dalam tubuh. Kan bagus begitu...

Memang nikmat tak terkata bila dapat air ketika ini. Begitu juga kalau tersedu mahupun tercekik, kan?

Bilakah 4 waktu terbaik untuk minum air masak selain ketika haus?

1) Sebelum tidur

Minum segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok.

Dimana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.

2) Bangun tidur

Minimlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita.

3) Sebelum mandi

Ada baiknya minum segelas air masak waktu ini. Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.

4) Sebelum makan

30 minit sebelum makan eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Perut tidak jadi terkejut olehnya.

Thursday, 5 April 2012

Kelebihan Hari Jumaat







Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat yang bertujuan menceritakan ganjaran yang 
perlu direbut oleh umat Islam...Antaranya :


* Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.

* Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan 
ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.

* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

* Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, 
demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi 
pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.

* Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah 
mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.

* Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah

Monday, 26 March 2012

Ketika mengambil air sembahyang





1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
 


Sunday, 25 March 2012

Satu Kecuaian


Ding,,Ding alarm berbunyi jam 0600 21/3/2012 hari Rabu yang lepas, kedengaran bunyi guruh dilangit dengan hujan yang lebat telah melambatkan proses untuk bangunkan diri dari tempat tidur, tetapi disebabkan hari itu hari untuk mengambil ujian JPJ, Ms Ayuyu tetap bersemangat melawan segala hasutan untuk teruskan tidur.Sambil menunggu van pusat memandu menjemput di Esso berhampiran Jusco Bukit Tinggi Ms Ayuyu sempat menjamah roti dan minum air susu untuk mengisi perut yang kosong. Perasaan takut, gementar telah berada dalam diri Ms Ayuyu dari semalaman lagi , Lulus ke nanti ??? Setibanya Ms Ayuyu di pusat memandu kelihatan ramai pelajar untuk mengambil ujian JPJ, kebanyakkan pelajar adalah lepasan SPM dan Ms Ayuyu keseorangan je lar tanpa berteman huhu, selesai mendaftarkan diri,angka giliran yang diberi kepada Ms Ayuyu ialah 26 tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat OK lahhh.. Saat yang dinantikan telah tiba, giliran Ms Ayuyu melalui ujian di dalam litar, permulaan yang amat memuaskan hati setelah berjaya ujian di atas bukit dan masuk parking, hanya tinggal 1 ujian 3 penjuru, dengan bangganya Ms Ayuyu masuk simpang dan masuk lagi simpang STOP , dan pusing kebelakang dan STOP .. hah dalam hati , sikit lagi pasti berjaya ... tiba-tiba ENCIK JPJ suruh Ms Ayuyu keluar dari kereta bererti Ms Ayuyu telah gagal arghhhhhhhh!! .. Ms Ayuyu telah membuat lebih dari 3 gerakkan, sewaktu ingin kehadapan Ms Ayuyu telah terlupa untuk menukar gear 1 oleh itu kereta telah mengundur sedikit, kini terjawablah persoalan yang bermain sejak malam tadi, Adakah akan Lulus? Pada ujian bahagian Litar Ms Ayuyu telah gagal,memang begitu kecewa tetapi apa boleh buat akibat kecuaian sendiri inilah akibat ye , ALHAMDULILLAH pada ujian yang seterusnya di jalan raya Ms Ayuyu telah berjaya memperolehi 17/20 ini bermakna Ms Ayuyu telah LULUS melalui ujian tersebut, hati memang gembira la sangat2 walaupun tidak lulus sepenuhnya :) INSYAALLAH 4/4/2012 ujian ulangan untuk bahagian litar, Ms Ayuyu akan melakukan dengan lebih baik dan lebih peka agar tidak perlu membuat ulangan lagi hehehehe,, AMIN ^^ 








Friday, 9 March 2012

11 orang yang mendapat Doa Malaikat :


  1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
  2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
  3. Orang berada di saf solat berjemaah
  4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)
  5. Kalangan Malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah
  6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat
  7. Orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah
  8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
  9. Orang yang membelanjakan harta (infak)
  10. Orang yang sedang makan sahur
  11.  Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit






Thursday, 8 March 2012

ye,,ye !! dapat belajar keta :)



hai !! Hari nie Ayu nak cite ,akhir yer dapat gak Ayu memulakan proses pembelajaran Lesen D, hampir 1 bulan L dah kua  baru hari nie 8/3/2012 belajar perkara asas nak bawa keta ^^ ,, perasaan gembira kot dapat belajar keta, umur nak hampir 22 tahun baru belajar keta nie apa la ^^ , rezeki baru ada kan !! Selain rasa sangat gembira ada rasa takut gak almaklumlah sebelum nie 0 tentang nak drive keta nie, tetapi disebabkan cikgu yang mengajar OK sangat perasaan takut pun hilang dengan sendiri yer tanpa disuruh hehehe , perkara yang Ayu belajar pada hari pertama :

1)Memastikan cermin sisi, belakang diperiksa
2)Tali Pinggan jangan lupa untuk memulakan pemanduan
3)Cara memasukkan gear 1,2,3,4 & 5
4)Serta cara melepaskan klac dan memberhentikan kereta 

hah , nie je lar Ayu belajar untuk hari pertama , bagi Ayu masih kekok lagi nak gerak tangan la, gerak kaki la hish,,hish macam2 plak kena gerak nie , tapi xpe Ayu akan belajar dengan rajin yer dan tekun yer agar Ayu xgagal bila test dengan JPJ nanti , Insyaallah 





Wednesday, 7 March 2012

Wanita

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA

Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia
Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA

Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK

Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI

Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta
Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU

Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan
Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU

Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian
Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA

Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua
Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK

Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA

Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua
Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA

Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat
Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS

Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis
Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana

W.A.N.I.TA








Friday, 2 March 2012

Senyum


Saat menjelang tidur..
Berharap esok masih berkawan pagi 
Melewati mimpi-mimpi dan lalu terjaga lagi 
Selalu begitu..
Seiring waktu dan gerak nafsu 
Enggan tinggalkan pagi dan selalu ingin tetap berkawan pagi..
Bukankah tetap akan mati? 
Jasadmu akan membusuk nanti..
Terkubur bumi dan tiada lagi berkawan pagi..
Pagi itu akan berlalu..
Mengiringi tandu dan tebaran butir- butir debu 
Dari kaki-kaki para pelayat
Maka hidupkanlah.. 
Satu senyum menjelang tidurmu
‘Tuk sambut mimpi-mimpi duniawi..
Tentang pagi dan secuil roti untuk sarapan pagi..
Kerana mungkin..
esok hari tiada lagi engkau berkawan pagi..
Mati.. 
Dan jadikan senyum itu..
Sebagai warisan yang abadi..

Wednesday, 29 February 2012

Air Mata

AIR MATA ada kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor yang berlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH SWT persis perata indah yang bergemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi ALLAH SWT dan RasulNya, bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan serta hal duniawi. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat pula menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil.. alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia). Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata keinsafan mengharap kemenangan serta rindu akan RasulNya.


Monday, 27 February 2012

Sebelum tidur lena




Rasulullah berpesan kepada Aishah ra : Ya Aishah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu:



  1. Sebelum khatam Al-Quran
  2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir
  3. Sebelum para muslim meredhai kamu
  4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah
"Bertanya Aishah : Ya Rasulullah... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?

"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engaku tidur bacalah :
-Al-Ikhlas tiga kali seakan-akan engkau mengkhatamkan Al-Quran
-Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi   syafaat di hari kiamat.
-Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
-Dan perbanyakanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

Selamat Beramal

Ayuyu Smile

Tenangkan hatimu dengan ayat seribu dinar

Maksud Ayat Seribu Dinar :-



Bismillahirrahmanirrahim

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya dia akan mengadakannya jalan keluar dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dekehendakiNya. Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu".

~Tenangkan hatimu dengan ayat seribu dinar~

Friday, 24 February 2012

alamak ! kasutku hilang



Peristiwa yang amat memilukan dan membengangkan housemate aku hari ini , dalam 4 pasang kasut yang diletakkan diluar rumah telah selamat dikebas oleh Si Pencuri ( selamat selipar buruk aku tak dikebas sama ) ^^ Mungkin kasut kawan-kawan aku ini HOT kot , 2 kena kebas .. banyak-banyak bersabar ek , gaji bulan depan beli yang baru ... aku turut bersimpati dengan apa yang dilalui pagi tadi. 

Su

Hawa

Eyla

Mangsa-mangsa kejadian kes kecurian selipar/ kasut pagi tadi !!
p/s : jangan marah ek copy pic dari fb :)


Ayuyu Smile

Doa Murah Rezeki

Doa Murah Rezeki


Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah ! Ya Tuhanku jika rezekiku berada diatas langit maka turunkanlah ia
dan jika berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah ia
dan jika sukar maka mudahkanlah ia
jika haram maka sucikanlah ia
jika masih jauh maka dekatkanlah ia
Ya Allah ! Limpahkanlah kepada kami rezeki sepertimana rezeki yang telah Engkau limpahkan kepada 
hamba-hambaMu yang solehah.


Thursday, 23 February 2012

Permulaan

Assalamualaikum , hai :) permulaan yang tak tahu post apa , ye la bukan reti sangat main benda macam nie tgk kawan ada kita rase nak ada etek ( dialek ganu ) ^_^


tadaa , nie Norhidayu Bt Sulaiman empunye blogger , bese aje owg ye .. snyuman pasti terhias jika gembira  tgk 2 ( show your love ) .. ^^ 


masa untuk belajar mcm mana nk hias blog agar nmpk lebih menarik dan sedap mata memandang ,mmg msh fail bab BLOGGER nie tp boleh belajar , 'Dimana ada kemahuan ,disitu ada higway' .. petikan dr cerita Adnan Sempit :) mungkin blogger boleh jadi hobi baru di waktu lapang ,, mungkin !! hehe



Ayuyu Smile